minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

TAZKIRAH DALAM PANDANGAN CENDEKIAWAN TASAWWUF

Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Besut (Utusan Malaysia, 30.12.2000), bahawa sejak PAS memerintah Terengganu, masyarakat  Islam sebenarnya semakin menjauhkan diri dari Masjid perlu diberikan perhatian sewajarnya. Kenyataan oleh pemilik ijazah Phd. dalam ilmu Tasawwuf  itu memberikan gambaran bahawa pemahamannya tentang Islam yang mempunyai title doktor falsafah adalah meragukan dan bercanggah dengan ilmu beliau sendiri. Tidak sulit untuk memahami mengapa beliau berkata demikian.

Tindakan-tindakan penceramah PAS yang menselang-selikan sembahyang sunat Tarawih dengan ceramah/tazkirah telah tidak dipandang positif oleh beliau. Menurut beliau, tindakan menyelang-selikan Tarawih dan tazkirah menyebabkan umat Islam tidak memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap amalan sunat itu dan kini mereka terpaksa ke surau-surau untuk mencari ketenangan dan tidak diganggu gugat oleh politik sempit PAS. Tazkirah PAS katanya lagi mengutuk, mencaci dan menghentam pihak tertentu telah mewujudkan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat.

Dr.Yusof Nor menambah, adalah satu kerugian besar jika masjid yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat Islam tidak dapat diuruskan dengan baik, sebaliknya hanya menjadi medan untuk mencapai kebencian kepada pihak tertentu sahaja. 

Sekilas pandang, memang ada benarnya pendapat Dr.Yusoff Nor itu. Tetapi sebagai pemilik Phd. dalam salah satu bidang pengajian Islam, pendapat itu terasa agak janggal. Tazkirah dan Tarawih adalah dua ibadat yang berlainan tetapi mempunyai tujuan yang sama, iaitu mencari keredhaan Allah sebagai Pencipta kita. Tarawih adalah ibadat langsung kepada Allah dalam bentuk sunat muakkad. Sementara Tazkirah adah bertujuan meberikan kefahaham tentang Islam dengan lebih betul kerana Islam selalu diselewengkan oleh bukan sahaja orang-orang dari luar, tetapi ia juga diselewengkan oleh orang-orang dari dalam kerangka Islam itu sendiri. Dengan demikian  untuk menangani suasana seperti ini, tazkirah atau ceramah dan kuliah (mungkin juga diskusi) perlu di adakan dari semasa ke semasa untuk menangkis serangan musuh-musuh Islam dari luar dan dari dalam. Kita tidak menafikan sembahyang sunat itu termasuk Tarawih mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah. Ia muerupakan sunnah Rasul SAW.

Tetapi dalam konteks sekarang, di mana Islam saling disalah-ertikan untuk tujuan-tujuan politik sempit kebangsaan, tazkirah dan ceramah itu menjadi wajib dilaksanakan. Jika tidak masyarakat tidak akan memahami Islam seperti yang dikehendakki oleh Islam itu sendiri kerana ia telah dan sedang diselindungi oleh awan tebal yang sengaja diwujudkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan cuba memperalatkan umat Islam untuk mencapai keuntungan dan matlamat peribadi. Sebagai seorang cendekiawan  Islam yang bertaraf doktor tentu lebih memahami akan kedaan yang berlaku pada hari ini. Dengan demikian keadaan ini tidak harus dilihat  sebagai usaha memecahbelahkan umat Islam, bahkan ia lebih memantapkan keyakinan umat ini kepada Islam itu sendiri.

Dan Dr. Yusof Nor harus melihat dari sudut ini, bukan dari sudut politik kebangsaan yang menjatuhkan imej beliau sebagai seorang cendekiawan Islam yang dihormati sewaku mula-mula pulang dari luar negeri dahulu dengan ijazah Phd. di tangan kanan dan seorang isteri muda di tangan kiri. Tentu beliau belum lupa yang beliau diamanahkan menjadi dekan Fakulti Pengajian Islam UKM sewaktu baru balik dari luar negeri itu.

Cuma sayang, Phdnya bukan dari Mesir atau negara Islam lainnya, tetapi dari Amerika yang penuh dengan orientalis yang berlagak menjadi professor dalam bidang-bidang tertentu dalam Islam yang kemudian menaburkan fitnah ke atas anak muridnya dan menanam benih kebencian terhadap Islam. Bila pulang ke negara asal, benih dan racun itulah yang ditabur ke atas mahasiswanya yang kagum dengan title Phdnya itu.

 

AlKundangi,
31.12.2000
                   

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter